Jangan pernah menonton filem ini jika anda seorang yang....
Ketika ini tular di media sosial mengenai rangkaian filem seram yang berjudul Siccin. Saya difahamkan filem seram Turki ini diangkat dari kisah benar dan tular kerana elemen filem yang sangat menyeramkan!
Kisah Sebenar Siccin
Berdasarkan carian Saya, Siccin adalah ritual sihir serta penggunaan jin yang diamalkan begitu meluas di Turki. Malah keempat- empat siri filem ini berdasarkan kisah benar. Rata-rata yang sudah menonton filem ini memberi komen Siccin begitu menyeramkan dan tidak kurang juga yang menilai Siccin antara filem seram pernah ditonton.Sicin mempunyai 4 Siri dengan jalan cerita yang berlainan.
Sinopsis Siccin
Siccin 1 (2014)
Berkisahkan mengenai seorang wanita, Ozret yang mencintai sepupunya sendiri, Kudret walaupun sepupunya itu tidak mencintainya. Setelah lama menggoda, akhirnya wanita ini berjaya dan mengandungkan anak sepupunya itu.
Siri kedua filem ini mengisahkan mengenai keluarga bahagia Adnan dan Hicran. Namun begitu,kisah duka mula menyelubungi keluarga ini apabila anak mereka meninggal dunia dan suami Hicran menyalahkan isterinya atas kematian anak mereka.
Sejak itu pelbagai perkara aneh mula terjadi hingga membuatkan Hicran rasa terpanggil untuk berjumpa seorang hodja(pengamal perubatan Islam). Menurut Hodja tersebut, terdapat salah seorang ahli keluarganya yang menggunakan Siccin. Hicran mula tekad untuk mencari siapakah dalang disebalik peristiwa ini.
Siccin 3 (2016)
Untuk filem ketiga Siccin, hasil carian kami mengenai sinopsis filem ini tidak begitu membantu dan hampir tiada. Namun apa yang kami tahu mengenai filem ketiga Siccin ini ianya mengisahkan 3 orang sahabat yang terpisah kerana beberapa peristiwa yang tragis namun kembali bersatu setelah beberapa tahun kemudian.
Siccin 4 (2017)
Dahulunya keluarga Yilmaz begitu kaya namun kini situasi tersebut telah berubah dan menyebabkan keluarga ini pulang ke kampung Saadet kerana masalah kewangan yang dihadapi.
P/s:Selamat menonton
Comments
Post a Comment