Tabiat yang boleh membahayakan kesihatan tanpa anda sedari..
Tabiat yang sering anda lakukan selalunya tidak elok untuk anda. Ada di antara tabiat yang sering anda lakukan boleh memudharatkan kesihatan anda jika anda kerap melakukannya.
Menyilangkan Kaki
Bahaya menyilangkan kaki mula diperkatakan apabila sebuah syarikat pembuat makanan mengadakan kempen kesedaran tentang bahaya menyilangkan kaki, The Great Cross-Out di seluruh Amerika Syarikat pada tahun 1999. Ternyata kempen yang dilakukan oleh syarikat itu bukan sekadar iklan apabila kajian mengesahjan bahawa apabila anda duduk dengan menyilangkan kaki anda, ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi,vena varikos dan juga kerosakan saraf.
Beri Makan Burung
Ia mungkin aktiviti yang sangat sering dilakukan bersama anak anda namun ia juga boleh membahayakan nyawa anda dan juga anak anda. Peluang untuk burung di bandar untuk membawa penyakit berjangkit adalah lebih daripada 50%. Burung merpati boleh membawa penyakit seperti ornithosis, colibacillosis, histoplasmosis, samonellosis, batuk kering, listeriosis, demam arnab, penyakit Newcastle, toksoplasmosis dan banyak lagi.
Memakai Kaca Mata Hitam Kualiti Rendah
Dalam usaha mereka untuk menjimatkan wang, pengeluar kaca mata hitam akan menggunakan plastik murah yang mungkin tidak dapat melindungi mata anda dari sinaran UV di mana cahaya matahari ini boleh mengakibatkan retina mata anda terbakar. Kaca mata dengan kualiti rendah ini akan menyebabkan bola mata anda membesar dan sekaligus mata anda akan menerima dua kali ganda dos sinaran ultraviolet yang lebih berbahaya daripada anda tidak memakai cermin mata. Lebihan sinaran UV pada mata anda akan menyebabkan katarak, merosakkan mata atau bahkan menyebabkan kanser.
Minum Banyak Air
Ya, anda digalakkan untuk minum air sebanyak yang mungkin tetapi tahukah anda ia juga boleh memudharatkan kesihatan anda? Penyelidik menegaskan bahawa keperluan air dalam tubuh bergantung pada individu terbabit. Jika anda suka berjalan dan kerap melakukan senaman maka anda perlu minum air dengan banyak dan sekirannya anda mempunyai masalah buah pinggang atau kardiovaskular maka adalah lebih baik jika anda minum air dalam kuantiti yang sedikit. Cara terbaik untuk mencari keperluan harian anda adalah dahaga. Sekiranya anda tidak berasa dahaga maka anda tidak perlu memaksa diri anda untuk minum air.
Merawat Diri Dengan Air Botol Panas
Menggunakan tuam panas dan sejuk ke tempat yang sakit adalah antara rawatan yang paling digemari untuk melegakan kesakitan. Namun terdapat beberapa penyakit yang secara khusus tidak memerlukan penggunaan botol air panas sebagai rawatan. Ini termasuklah pendarahan, keradangan di bahagian abdomen (apendiks, cholecystitis dan pankreas). Elakkan penggunaan tuam panas atau sejuk dalam beberapa jam dan beberapa hari selepas terseliuh atau tercedera. Prosedur rawatan haba juga sangat berbahaya untuk rawatan kanser.
Menyediakan Bertih Jagung Dalam Gelombang Mikro.
Ini bukan soal cara anda memasak tetapi ia adalah mengenai kandungan jagung yang digunakan di rumah. Bahayanya di sini ialah bahan kimia yang dipanggil diacetyl. Ia adalah gabungan minyak sintetik dan perisa dua dalam satu. Asap yang dihasilkan apabila bertih jagug dipanaskan boleh menyebabkan kerosakan pada paru-paru anda. Anda boleh mengurangkan risiko dengan membiarkan bertih jagung anda sejuk terlebih dahulu sebelum memakannya.
Makan Di Tempat Kerja Anda
Ada pelbagai tempat kerja dan bukan semuannya sesuai untuk dijadikan tempat makan dan paling bahaya sekali tempat kerja anda mungkin telah mengumpul bakteria yang tidak baik untuk penghadaman anda. Mungkin juga bau makanan anda boleh mengganggu tumpuan kerja rakan sekerja anda. Otak anda memerlukan rehat yang secukupnya, kaki anda juga perlu bersenam dan perut anda tidak boleh mencerna makanan kerana otak anda tidak dapat menumpukan perhatian.
Memakai Selipar Ketika Berjalan Di Dalam Bandar
Sememangnya selipar atau sandal adalah satu kemestian ketika musim panas kerana ramai yang tidak terfikirkan risiko yang boleh anda hadapi apabila anda memakai selipar di tengah bandar. Kemungkinan besar anda akan mendapat luka tidak kiralah luka kecil, gigitan serangga atau jangkitan yang boleh merebak ke seluruh badan anda.
Minum Susu Rendah Lemak
Ia mungkin kelihatan sama seperti susu biasa cuma ia tanpa lemak, namun ia tidak sama seperti susu biasa. Apabila lemak diekstrak daripada susu, ia akan mengeluarkan sekali vitamin penting yang terkandung di dalam susu tersebut dan ia digantikan dengan bahan-bahan sintetik yang mungkin tidak baik untuk kesihatan anda. Banyak pengeluar susu yang ;mengukuhkan’ susu rendah lemak ( bebas lemak) dengan menambah susu tepung. Ini akan mengoksidakan kolestrol dalam susu. Bagaimanapun, ia masih tidak dapat dibuktikan secara klinikal tetapi haiwan yang makan makanan yang kolestrolnya teroksidakan telah mengalami pembentukan plak di arteri yang boleh mengakibatkan peningkatan dalam risiko serangan jantung.
Tidak Mengisahkan Tentang Postur
Postur duduk yang betul bermakna kedudukan organ yang simetri. Jaga tulang belakang anda, sesuaikan kerusi pejabat anda dan pantau kedudukannya dengan betul. Ini apa yang perlu anda lakukan:
Ketinggian kerusi anda harus sesuai dengan panjang paha anda dan tempat duduk mestilah selesa.
Punggung anda perlu mengisi tidak kurang daripada dua per tiga kerusi anda.
Belakang kerusi anda harus sesuai dengan tulang belakang anda.
Bersandar pada kerusi dengan belakang anda supaya tulang belakang anda melekap dengan tepat pada kerusi anda.
Pastikan bahu anda berada di tahap yang sama dan perut anda berada di dalam keadaan santai.
Jangan silangkan kaki- ini akan menghalang peredaran darah
Bergerak dengan perlahan supaya tulang belakang anda tidak melanggar bahagian belakang kerusi anda.
Ambil kedudukan yang menumpukan berat anda pada pinggul anda dan kepala anda pula harus sentiasa memandang ke hadapan.
Jangan tergesa-gesa untuk menukar posisi apabila anda mula berasa tidak selesa, Biarkan otot anda dapat menyesuaikan diri dengan posisi yang betul agar otot anda tidak berasa tegang.
Tidur Dalam Posisi Mengiring Atau Meniarap
Pastinya ramai di antara anda yang suka tidur dalam posisi yang selesa bagi anda. Bagaimanapun, tabiat ini boleh menyebabkan masalah kesihatan yang berbeza bergantung pada posisi tidur anda. Sebahagian daripada mereka akan mengalami keadaan yang serius jika masalah ini tidak diselesaikan dengan cara yang tepat pada masanya. Jika anda tidur dalam keadaan mengiring atau posisi seperti janin, anda mengelakkan diafragma anda daripada bergerak bebas dan ini akan menyebabkan pelbagai isu termasuk sakit belakang dan masalah paru-paru. Tidur dalam posisi meniarap pula akan lebih berbahaya kerana ia akan memberikan tekanan pada organ anda dan jika ia dilakukan secara berterusan, ia akan menyebakan kerosakan pada saraf dan juga masalah jantung.
Comments
Post a Comment