Posts

Showing posts from April, 2018

10 negara dengan jumlah penduduk paling sedikit di dunia yang mungkin anda tidak pernah tahu...

Image
10 Negara dengan Jumlah Penduduk Paling Sedikit di Dunia – Definisi Negara adalah Organisasi dalam suatu wilayah yang mempunyai kekuasaan tertinggi yang sah dan ditaati oleh rakyat. Dari definisi tersebut jelas disebutkan bahawa unsur utama suatu Negara adalah memiliki wilayah, memiliki pemerintahan yang berdaulat (sah) dan memiliki rakyat. Ketiga unsur tersebut pada umumnya disebut dengan syarat primer suatu Negara, sedangkan syarat sekunder suatu Negara adalah mendapatkan pengakuan kedaulatannya dari Negara-negara lain yang ada di dunia ini. Pada dasarnya, tidak ada batasan berapa banyak jumlah rakyat atau jumlah penduduk pada suatu Negara. Daftar 10 Negara dengan Jumlah Penduduk Paling Sedikit di Dunia Negara yang memiliki jumlah penduduk tersedikit ini dunia ini adalah Vatikan yang juga merupakan Negara yang memiliki luas wilayah terkecil di dunia. Jumlah Penduduk Vatikan menurut data dari CIA World Factbook hanya sekitar 1.000  jiwa. Sedangkan berada di urutan kedua ...

Tidur penting untuk anda berikut adalah posisi tidur yang betul untuk menjaga kesihatan anda..

Image
Islam menganjurkan posisi tidur yang betul iaitu mengiring ke kanan. Diantara hadis yang menyebut tentang hal ini adalah seperti di bawah: "Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu." (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710) "Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya." (HR. Abu Dawud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350) "Apabila kalian hendak mendatangi tempat tidur, maka berwudhulah seperti wudhu kalian untuk shalat kemudian berbaringlah kesisi kanan!" (HR. Bukhari 247 dan Muslim 2710) Para saintis mengakui posisi tidur mempengaruhi kesihatan tubuh dan tulang belakang. Saintis bersetuju ada dua posisi tidur yang boleh diamalkan oleh mereka yang mengalami sakit belakang ataupun ingin mencegah sakit belakang iaitu posisi mengiring dan posisi tidur terlentang. Kedua-dua posisi ini didapati dapat mengekalkan kedudukan tulang belakang ...

Tabiat yang boleh membahayakan kesihatan tanpa anda sedari..

Image
Tabiat yang sering anda lakukan selalunya tidak elok untuk anda. Ada di antara tabiat yang sering anda lakukan boleh memudharatkan kesihatan anda jika anda kerap melakukannya. Menyilangkan Kaki Bahaya menyilangkan kaki mula diperkatakan apabila sebuah syarikat pembuat makanan mengadakan kempen kesedaran tentang bahaya menyilangkan kaki, The Great Cross-Out di seluruh Amerika Syarikat pada tahun 1999. Ternyata kempen yang dilakukan oleh syarikat itu bukan sekadar iklan apabila kajian mengesahjan bahawa apabila anda duduk dengan menyilangkan kaki anda, ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi,vena varikos dan juga kerosakan saraf. Beri Makan Burung Ia mungkin aktiviti yang sangat sering dilakukan bersama anak anda namun ia juga boleh membahayakan nyawa anda dan juga anak anda. Peluang untuk burung di bandar untuk membawa penyakit berjangkit adalah lebih daripada 50%. Burung merpati boleh membawa penyakit seperti ornithosis, colibacillosis, histoplasmosis, samonellosis, ...

Jenis-jenis kentut manusia yang amat memeranjatkan..

Image
Jenis-jenis Kentut dan karakater manusia dari jenis kentutnya: 1. Kentut Normal Kentut ini mudah didengar di mana-mana, untuk mengeluarkan kentut ini tidak dibutuhkan energi yang besar. Kentut ini biasanya terdengar di saat-saat berkumpul dengan teman-teman untuk menghilangkan rasa bosan bergossip. Keunikan dari kentut ini ialah: Tidak berbau. 2. Kentut Cemas Kentut ini sebenarnya sedikit susah untuk di lacak, karena biasanya disembunyikan alias jangan sampai terdengar oleh orang-orang yang ada di sekitar, dan dibutuhkan keahlian yang cukup tinggi untuk menguasai cara berkentut cemas, anda mungkin pernah melihat seseorang menunggingkan sedikit pantatnya di perpustakaan ataupun di supermarket, di saat-saat itulah kentut cemas di tembakkan tanpa menarik perhatian orang-orang di sekitarnya. 3. Kentut Batuk Kentut batuk biasanya di pakai untuk menutupi bunyi tembakan pantat, kentut ini pernah di pergunakan oleh dosen saya ketika sedang memberikan kuliah, biasanya dia berjalan k...

Jangan Salah pilih kerjaya anda!Ini 10 perkerjaan lumayan untuk anda!

Image
Iklan kerja kosong memang banyak tapi bila perhatikan betul-betul tak banyak yang kena dengan bidang yang diambil sewaktu belajar di universiti dahulu. Susah betul nak cari kerja yang kena dan padan dengan apa yang dipelajari, rasa sayang pula kalau tak dapat mohon kerja yang berkaitan. Penting untuk korang ambil tahu bidang apa yang paling hot sekarang dan paling dikehendaki. Sekarang ni peluang pekerjaan di Malaysia banyak tapi kerja kosong dalam bidang apa? Nak tahu? Ini adalah senarai 10 pekerjaan yang paling hot sekarang: 1. Sales & Marketing Contoh pekerjaan: Juru pemasaran, akauntan, agen insurans, perbankan, wakil jualan produk, tele pemasaran 2. Engineering & Technical Programming Contoh pekerjaan: Juruteknik mekanikal, kejuruteraan, juru elektrik, rekaan industri, juru teknikal, juru teknik komputer, program komputer 3. Hospitality & Catering Contoh pekerjaan: Pengurusan Hotel, restoran, katering, chef, seni kulinari, penyambut tetamu, ...

Hantu-hantu yang terdapat di malaysia tetapi jarang...

Image
Gambar hiasan. Dalam masyarakat Melayu dan orang asli istilah hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah ada sejak zaman animisme lagi. Ketika itu, semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap didiami "penunggu" atau tunggu yang perlu dihormati dengan baik. Ini dilakukan agar penunggu tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar. Malah, jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang dikenali sebagai Dukun, Pawang, Tok Bathin bagi memastikan penunggu tersebut pula membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini masih kekal di kalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme. Antara jenis-jenis hantu ini ialah: 1. Pontianak, Puntianak, Kuntilanak Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan b...

Pantang Larang yang menghantui zaman kanak-kanak anda....

Image
Salah satu budaya yang makin pupus di kalangan orang Melayu adalah budaya maksud tersirat dalam memberikan peringatan, yang kerap diamalkan oleh generasi terdahulu. Siapa waktu kecil dulu tak pernah ditegur untuk jangan duduk atas bantal, nanti punggung akan naik bisul? Pelbagai peringatan yang ada itu sebenarnya adalah satu cara mengingatkan yang mempunyai makna tersirat yang cukup baik untuk diamalkan, cuma apabila zaman semakin moden, tidak ramai lagi mahu mengamalkan kata-kata tersirat ini dan lebih senang bercakap secara terus. Berikut adalah 5 pantang larang orang Melayu generasi terdahulu yang kerap diingatkan pada kanak-kanak era dahulu yang benar-benar menunjukkan berbezanya cara generasi dahulu dan sekarang mendidik adab dalam anak masing-masing. 1. Jangan meniarap dengan kaki naik ke atas, nanti mak ayah mati awal Apabila pantang-larang ini dibuat, kebanyakan gadis-gadis pada masa tersebut hanya memakai kain sarung. Bukan seperti sekarang di mana ramai gadis men...

Jangan pernah menonton filem ini jika anda seorang yang....

Image
Ketika ini tular di media sosial mengenai rangkaian filem seram yang berjudul Siccin. Saya difahamkan filem seram Turki ini diangkat dari kisah benar dan tular kerana elemen filem yang sangat menyeramkan! Kisah Sebenar Siccin Berdasarkan carian Saya, Siccin adalah ritual sihir serta penggunaan jin yang diamalkan begitu meluas di Turki. Malah keempat- empat siri filem ini berdasarkan kisah benar. Rata-rata yang sudah menonton filem ini memberi komen Siccin begitu menyeramkan dan tidak kurang juga yang menilai Siccin antara filem seram pernah ditonton.Sicin mempunyai 4 Siri dengan jalan cerita yang berlainan. Sinopsis Siccin Siccin 1 (2014) Berkisahkan mengenai seorang wanita, Ozret yang mencintai sepupunya sendiri, Kudret walaupun sepupunya itu tidak mencintainya. Setelah lama menggoda, akhirnya wanita ini berjaya dan mengandungkan anak sepupunya itu. Mengenangkan nasib anaknya yang bakal lahir luar nikah, Ozret memaksa sepupunya itu untuk berkahwin namun dia ditampar hi...

Siapakah yang telah mengalahkan Bruce lee??Pesilat dari Malaysia atau Penyakit....

Image
Ramai generasi muda sekarang seakan lupa sebenarnya seni Silat Melayu lebih dihormati dan mempunyai kuasa yang lebih hebat berbanding seni kung fu. Penulis sendiri telah bertemu dengan salah seorang mahaguru silat gayung untuk mendengar sendiri kisah pertarungan antara Bruce Lee dengan Dato Meor Rahman. Semuanya bermula pada 1970, bila Dato Meor mengadakan persembahan silat selama dua minggu di Osaka Jepun. Semasa di Osaka inilah Seni Silat Gayong dan Dato Meor Rahman mendapat liputan media yang sewajarnya dan mula dikenali ramai. Bermulalah cabar mencabar bertitik tolak daripada Osaka Jepun. Pada tahun 1972, anak murid Bruce Lee datang untuk cabar Dato Meor di Taiping. Selepas itu Bruce Lee bertemu sendiri dengan Dato Meor di Hong Kong pada tahun 1973. Bruce Lee yang terkenal menerusi filemnya The Way Of Dragon telah menumpaskan Chuck Norris dalam filem tersebut. Ketangkasan kung fu Bruce Lee dengan gaya Wing Chun sekarang ini sudah boleh dilihat menerusi gaya kung fu dal...

Filem tempatan yang tidak laku akibat kesalahan.....

Image
SEMBILAN penerbit filem tempatan hanya mampu menggigit jari apabila karya ditayangkan tidak laku. Semakan HIP mendapati, filem bahasa Melayu dan Tamil itu sekadar mengaut jualan tiket serendah RM4,059 hingga kadar tertinggi sebanyak RM18,864, biarpun penerbit berbelanja besar menghasilkannya. Filem yang merekodkan jualan tiket 'menyedihkan' itu adalah daripada 33 judul yang dipertontonkan sejak Januari hingga Ogos lalu, berdasarkan data yang diperoleh daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS). Semua filem terbabit dihasilkan di bawah Skim Wajib Tayang (SWT) dengan kutipan di bawah RM20,000. Sembilan filem yang mencatat kutipan teruk itu adalah Mendidih Bro, Spy In Love, Kamar Seksa, Kerja Kahwin, Hijabsta Ballet dan Pencuri Hati Mr Cinderella. Selain itu, filem Tamil Puthiya Payanam, RIP? dan Vettai Karuppar Ayya hanya mengaut kutipan antara RM4,000 hingga RM18,000. Kutipan jualan tiket bagi semua filem terbabit adalah RM106,782. Melihat kepada sam...